Selasa, 8 Oktober 2013

Perasaan saya tentang peperiksaan akhir tahun.

Walaupun keputusan keseluruhan saya tidak memuaskan, saya agak bersyukur kerana keputusan peperiksaan akhir tahun saya telah bertambah baik berbandingkan dengan keputusan-keputusan sebelum ini. Alhamdulillah, kebanyakkan keputusan saya meraih grad A atau B untuk peperiksaan akhir tahun. Namun, saya tahu keputusan saya tidak mencukupi dan saya harus berkerja dengan lebih keras pada tahun hadapan. Saya berharap bahawa mudah-mudahan saya akan mendapat motivasi dan tenaga untuk belajar dengan lebih tekun untuk peperiksaan yang akan datang.

Selasa, 12 Februari 2013

Cuti Tahun Baru Cina

9 Februari. ( Sabtu)

Hari tersebut adalah hari istimewa buat saya dan abang saya. 9 Februari adalah hari lahir kami! :D

 Pada hari tersebut, ibu dan ayah menjemput nenek dan saudara mara datang ke rumah untuk menjamu selera. Selepas itu, kami sekeluarga ke Punggol Waterway untuk bergambar dan juga menikmati udara yang nyaman di sana. Walaupun keadaan cuaca tidak begitu baik, kami semua berasa gembira dan berseronok. Saya sungguh gembira dan bersyukur apabila menerima hadiah daripada ibu bapa dan juga saudara mara. Saya tidak menyangka ibu bapa saya akan mendapatkan sebuah kamera polaroid yang saya inginkan sejak tahun lalu.

 Terdapat juga sesuatu peristiwa yang tidak saya dapat lupakan yang terjadi pada malam itu! Ada seseorang meninggalkan famous amos cookie di dalam tin berbentuk hati di hadapan rumah saya. Di atas cookie itu terdapat aising yang mengucapkan selamat hari jadi kepada saya! Saya amat terkejut dengan penerimaan itu.

9 Februari 2013 mempunyai banyak kenangan manis yang tidak saya dapat lupakan buat selamanya (:



10 Februari ( Ahad )

Oleh kerana ayah bekerja , kami sekeluarga tidak dapat berjalan keluar pada hari itu. Saya menggunakan seluruh hari itu untuk menghabiskan kerja sekolah dan juga membaca buku 'negeri 5 menara'.

11 Februari ( Isnin)

Kami sekeluarga pergi ke Ehub di Pasir Ris untuk menjamu selera di Fig & Olive sempena sambutan hari lahir saya dan Zaki. Selepas makan, kami menuju ke Mac Cafe untuk mendapatkan minuman panas untuk memanaskan badan kerana cuaca yang sejuk. Ibu dan saya pula membeli belah selepas itu. Saya berasa gembira dapat menghabiskan masa dengan keluarga pada hari itu kerana , kini, jarang kami sekeluarga dapat keluar bersama kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

12 Februari ( Selasa )

Pada pagi itu, saya menghabiskan banyak masa dengan abang saya. Kami menonton television bersama, membuat sarapan pagi , berbual , mengulangkaji pelajaran matematik dan juga bermain bola sepak di dalam bilik!

Selepas makan tengah hari di rumah, ibu , ayah, abang dan saya pergi ke City Square Mall untuk membeli belah. Kami berjalan-jalan sehingga pukul empat petang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah.




Isnin, 24 September 2012

Format peperiksaan kertas dua .

Bahagian A : Imbuhan.
Bahagian B:  Prosedur Kloz
Bahagian C : Peribahasa
Bahagian D : Kefahaman Objektif
Bahagian E : Kefahaman Subjektif dan Ringkasan.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN .

   Dengan sekelip mata , peperiksaan akhir tahun hampir tiba . Namun , saya tidak bimbang kerana saya telah membuat persiapan yang agak awal .  Bagi saya, peperiksaan akhir tahun pada kali ini sangat mustahak kerana keputusan peperiksaan tersebut akan menentukan subjek-subjek yang saya dapat mengambil pada tahun yang ke hadapan. Harapan saya pada kali ini adalah untuk mendapat markah yang cemerlang terutama sekali untuk subjek matematik dan juga sains. Saya berharap usaha dan doa saya akan membawa saya ke kejayaan dan mudah-mudahan keputusan saya akan membuat ibu-bapa saya bangga.

   Akhirnya , saya mahu mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan akhir tahun pada minggu ini ! :)

Ahad, 8 Julai 2012

Bulan Bahasa

Bulan bahasa pada tahun ini jatuh pada bulan Julai.

Aktiviti-aktivi yang saya mahu menyertai adalah muzika lorong buang kok tetapi sebenarnya saya tidak mempunyai masa untuk menyertai aktiviti tersebut. Saya terdengar bahawa aktiviti muzika tersebut mempersembahkan sebuah muzikal yang amat menarik sekali. Saya selalu menonton muzikal bahasa inggeris dan tidak pernah menonton sebuah muzikal dalam contex melayu. Saya rasa dengan menyertai aktiviti tersebut saya dapat mengalami sesuatu yang baharu.

Aktiviti yang kedua yang saya mahu menyertai adalah Syair Kreatif. Saya tidak pernah mendengar orang yang mahir bersyair . Jadi saya rasa, jikalau saya menyertai aktiviti ini saya dapat mengalaminya pada kali pertama. Bukan sahaja saya dapat menonton tetapi saya juga mungkin dapat mempelajari asal-usul syair.

Aktiviti yang ketiga adalah aktiviti Mesra, Membaca (membaca dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak) Saya rasa dengan menyertai aktiviti ini saya dapat mengeratkan hubungan anatara saya dan ibu bapa saya. Kami sekeluarga tidak pernah membaca bersama jadi saya rasa aktiviti tersebut adalah peluang yang baik untuk kami membuat sesuatu bersama. Saya rasa aktiviti tersebut akan meninggalkan kenangan yang manis buat keluarga saya. Dengan aktiviti tersebut , saya bukan sahaja dapat bersama keluarga tetapi saya juga dapat memperbaiki penggunaan bahasa melayu dan menambahkan ilmu saya tentang budaya melayu apabila membaca bersama keluarga.~

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu ?

 Sebenarnya , apabila guru bahasa melayu saya , Puan Ida , menyuruh seluruh kelas membuat sebuah blog bahasa melayu , saya terkejut . Tidak pernah terlantas dalam fikiran saya untuk membuka sebuah blog bahasa melayu .

 Saya mesti mengaku bahawa saya fikir bahasa melayu bosan untuk dibaca. Tetapi sekarang , memandangkan saya sudah mempunyai blog bahasa melayu , saya bertekad untuk menukar fikiran saya dan juga remaja-remaja lain bahawa blog bahasa melayu lebih menarik daripada blog bahasa inggeris .