Dengan sekelip mata , peperiksaan akhir tahun hampir tiba . Namun , saya tidak bimbang kerana saya telah membuat persiapan yang agak awal . Bagi saya, peperiksaan akhir tahun pada kali ini sangat mustahak kerana keputusan peperiksaan tersebut akan menentukan subjek-subjek yang saya dapat mengambil pada tahun yang ke hadapan. Harapan saya pada kali ini adalah untuk mendapat markah yang cemerlang terutama sekali untuk subjek matematik dan juga sains. Saya berharap usaha dan doa saya akan membawa saya ke kejayaan dan mudah-mudahan keputusan saya akan membuat ibu-bapa saya bangga.
Akhirnya , saya mahu mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan akhir tahun pada minggu ini ! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan