9 Februari. ( Sabtu)
Hari tersebut adalah hari istimewa buat saya dan abang saya. 9 Februari adalah hari lahir kami! :D
Pada hari tersebut, ibu dan ayah menjemput nenek dan saudara mara datang ke rumah untuk menjamu selera. Selepas itu, kami sekeluarga ke Punggol Waterway untuk bergambar dan juga menikmati udara yang nyaman di sana. Walaupun keadaan cuaca tidak begitu baik, kami semua berasa gembira dan berseronok. Saya sungguh gembira dan bersyukur apabila menerima hadiah daripada ibu bapa dan juga saudara mara. Saya tidak menyangka ibu bapa saya akan mendapatkan sebuah kamera polaroid yang saya inginkan sejak tahun lalu.
Terdapat juga sesuatu peristiwa yang tidak saya dapat lupakan yang terjadi pada malam itu! Ada seseorang meninggalkan famous amos cookie di dalam tin berbentuk hati di hadapan rumah saya. Di atas cookie itu terdapat aising yang mengucapkan selamat hari jadi kepada saya! Saya amat terkejut dengan penerimaan itu.
9 Februari 2013 mempunyai banyak kenangan manis yang tidak saya dapat lupakan buat selamanya (:
10 Februari ( Ahad )
Oleh kerana ayah bekerja , kami sekeluarga tidak dapat berjalan keluar pada hari itu. Saya menggunakan seluruh hari itu untuk menghabiskan kerja sekolah dan juga membaca buku 'negeri 5 menara'.
11 Februari ( Isnin)
Kami sekeluarga pergi ke Ehub di Pasir Ris untuk menjamu selera di Fig & Olive sempena sambutan hari lahir saya dan Zaki. Selepas makan, kami menuju ke Mac Cafe untuk mendapatkan minuman panas untuk memanaskan badan kerana cuaca yang sejuk. Ibu dan saya pula membeli belah selepas itu. Saya berasa gembira dapat menghabiskan masa dengan keluarga pada hari itu kerana , kini, jarang kami sekeluarga dapat keluar bersama kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
12 Februari ( Selasa )
Pada pagi itu, saya menghabiskan banyak masa dengan abang saya. Kami menonton television bersama, membuat sarapan pagi , berbual , mengulangkaji pelajaran matematik dan juga bermain bola sepak di dalam bilik!
Selepas makan tengah hari di rumah, ibu , ayah, abang dan saya pergi ke City Square Mall untuk membeli belah. Kami berjalan-jalan sehingga pukul empat petang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan