Bulan bahasa pada tahun ini jatuh pada bulan Julai.
Aktiviti-aktivi yang saya mahu menyertai adalah muzika lorong buang kok tetapi sebenarnya saya tidak mempunyai masa untuk menyertai aktiviti tersebut. Saya terdengar bahawa aktiviti muzika tersebut mempersembahkan sebuah muzikal yang amat menarik sekali. Saya selalu menonton muzikal bahasa inggeris dan tidak pernah menonton sebuah muzikal dalam contex melayu. Saya rasa dengan menyertai aktiviti tersebut saya dapat mengalami sesuatu yang baharu.
Aktiviti yang kedua yang saya mahu menyertai adalah Syair Kreatif. Saya tidak pernah mendengar orang yang mahir bersyair . Jadi saya rasa, jikalau saya menyertai aktiviti ini saya dapat mengalaminya pada kali pertama. Bukan sahaja saya dapat menonton tetapi saya juga mungkin dapat mempelajari asal-usul syair.
Aktiviti yang ketiga adalah aktiviti Mesra, Membaca (membaca dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak) Saya rasa dengan menyertai aktiviti ini saya dapat mengeratkan hubungan anatara saya dan ibu bapa saya. Kami sekeluarga tidak pernah membaca bersama jadi saya rasa aktiviti tersebut adalah peluang yang baik untuk kami membuat sesuatu bersama. Saya rasa aktiviti tersebut akan meninggalkan kenangan yang manis buat keluarga saya. Dengan aktiviti tersebut , saya bukan sahaja dapat bersama keluarga tetapi saya juga dapat memperbaiki penggunaan bahasa melayu dan menambahkan ilmu saya tentang budaya melayu apabila membaca bersama keluarga.~